Monday, March 30, 2009

Soalan pilihan PSV - Folio bagi tahun 2009

Tugasan 3

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : POSTER

PRODUK : POSTER GANTUNG


SITUASI :

Golongan remaja pada zaman siber ini perlu digalakkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sihat supaya mereka tidak terdedah dan terpengaruh dengan pelbagai masalah sosial yang semakin serius.


TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu rekabentuk poster gantung berdasarkan tema remaja Malaysia. Rekaan poster gantung anda hendaklah menggambarkan aktiviti-aktiviti sihat yang sesuai di kalangan remaja masa kini.


Folio kajian anda hendaklah mengandungi:


. Koleksi pelbagai sumber poster gantung sebagai sumber ilham

. Koleksi gambar pelbagai jenis aktiviti sihat yang sesuai dalam kalangan remaja sebagai sumber ilham

. Lakaran Kajian rekabentuk poster gantung

.Lakaran olahan pelbagai jenis aktiviti remaja yang dipilih

.Lukisan realistik aksi atau aktiviti remaja untuk ilustrasi

. Kajian bentuk muka taip untuk kapsyen

. Kajian warna pada reka letak yang dipilih

Lukisan perspektif rekabentuk sebenar

Lukisan persembahan dalam situasi sebenar

Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan

Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan



Berdasarkan kajian tersebut, hasil reka bentuk poster gantung anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut.


Bahan : Bebas

Ukuran : Panjang = 90cm
Lebar = 45cm

Bilangan warna = Bebas

Teknik = Bebas kecuali kolaj

kapsyen = Bersesuaian dengan tema





terima kasih

Cikgu Zaidi